
Pada 16/02/08, kami sekeluarga awal2 pagi dah bertolak ke cameron highland melalui lebuhraya utara selatan, melalui simpang pulai. perjalanan sangat menyeronokkan wife dan anak2, mereka boleh suka2 hati minta berhenti dimana2 untuk membeli buah, jajan dan sebagainya. yang tak berapa seronok adalah aku yang menjadi driver dan terpaksa membayar. tapi bila keluarga happy, aku tak peduli semua tu, akupun HAPPY.
kami check in disebuah hotel di brincang. cuma 3 bintang sahaja termampu. kedudukannya diatas bukit ditengah2 pekan brincang amat stategik. untuk ke pasar malam, masjid, medan selera, bank, kfc dan sebagainya cuma beberapa minit berjalan kaki (tapi kesemua tempat aku bawa kereta da...). yg aku suka ia terpisah dengan hotel2 kecil yg berebut parking dan riuh rendah. bilik hotel kami sangat luas dengan adanya balkoni dan ruang santai yg besar.
selepas check in, kami berehat seketika dan menunaikan ibadah. kami keluar jalan2 mencari strawberi, madu, teh dan sebagainya. semua tempat menarik kami redah. alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebab pengalaman sebagai orang HR mengajar aku menyusun aktiviti dengan baik. apatah lagi aku dah buat survey awal melalui internet dan bertanya kawan2 yg dah pergi. malas cerita lanjut tentang hal aktiviti kami sebab tajuk kali cerita hantu.